Elak Daripada Widget Hilang

4:58 AM at 4:58 AM



Biasanya bila penulis mengupload template, akan terpapar amaran yg diberikan iaitu widget-widget hilang. Namun Begitu, setelah berhempas pulas bertanyakan Pak Cik Google, akhirnya penulis berjaya menjumpai satu cara yang diilhamkan dari Teratak Muncet. Berikut merupakan cara-caranya :-



1. Pergi ke Layout > Edit HTML

2. Kemudian searchkan widget-widget anda dibahagian Sidebar <b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>. Namun begiitu, berlainan bagi setiap template letaknya widget blog teresbut, jadi pembaca haruslah bekerja lebih sedikit untuk mencari widget-widget di dalam kod-kod itu.

3. Copykan kesemuanya (kod-kod widget tersebut) untuk elakkan daripada hilang.

4. Contoh: penulis telah menghighlightkan dan copy semua kod-kod widget kesayangan penulis dan letakkannya didalam notepad buat sementara seperti gambar di bawah :-



5. Kemudian aku pun upload template baru, dan akan terpapar satu amaran seperti gambar di bawah :-



6. Tips. Jangan klik Confirm & Save!

7. Kemudian cari <b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'> sekali lagi dan pastekan semula kod-kod widget yang telah disimpan sebentar tadi (dalam Notepad tadi) dibawahnya.



8. Kemudian Save Template. Bukan Confirm and Save.

9. Jika ada widget-widget yang menggunakan 'id' yang sama, tukarkan saja nombor 'id' tersebut kepada apa-apa nombor yang belum digunakan didalam template baru tersebut. contoh : jika sudah ada widget yang menggunakan ID HTML1, penulis hana perlu tukarkan kepada 'id' tersebut kepada HTML2 atau HTML10. Ini disebabkan widget-widget ini tidak boleh menggunakan pengenalan atau 'id' yang sama pada waktu yg sama.

Kesimpulannye, widget-widget kesayangan pembaca tidak akan hilang dan tidak perlu risau lagi setiap kali pembaca mahu mengupload Template yang baru.


p/s: Sila cuba di blog test (masukkan widget-widget tambahan dan upload template) terdahulu sebelum membuat di blog yang betul.

Diharap pembaca sudi memberi komen setelah membaca postingan ini. Terima Kasih.

 

0 comments:

Post a Comment