Halang Klik Kiri Pada Gambar

6:49 AM at 6:49 AM


Lazimnya bloggers mahukan kod untuk mematikan fungsi klik kanan atau disable right click tetapi Oshinz yang comel telah bertanyakan tentang kod untuk mematikan klik kiri pada gambar. Justeru, penulis telah mengerah tenaga Pakcik Google dan sekelip mata kod itu telah berjaya penulis perolehi. Penulis andaikan anda telah menggunakan fungsi matikan klik kanan di dalam blog anda sebelum menggunakan kod menghalang klik kiri pada gambar ini.

Anda perlu melakukan cara ini secara manual untuk setiap gambar yang anda ingin matikan klik kiri.

1. Tulis topik seperti biasa.

2. Muatnaik gambar dari komputer atau web lain.

3. Pilih tab Edit HTML untuk mengedit kod gambar.

Contoh kod gambar adalah seperti berikut :-

<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg58UGdDPZ5enyEwyXmiT6UXruZzA93AEdKICXwL-no-6fnAvEjBNsxGgpny2ZRWO73AmC9MyX26OqnE4OPCAAlkhFoBJQR7WKdiWHrfr8wK0Y15JLmJAPCJ3TYxiA4PIDNmCyEjOvrgcJL/s1600-h/Dont_Steal.gif"><img id="BLOGGER_PHOTO_ID_5300696122767253986" style="DISPLAY: block; MARGIN: 0px auto 10px; WIDTH: 400px; CURSOR: hand; HEIGHT: 285px; TEXT-ALIGN: center" alt="" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg58UGdDPZ5enyEwyXmiT6UXruZzA93AEdKICXwL-no-6fnAvEjBNsxGgpny2ZRWO73AmC9MyX26OqnE4OPCAAlkhFoBJQR7WKdiWHrfr8wK0Y15JLmJAPCJ3TYxiA4PIDNmCyEjOvrgcJL/s400/Dont_Steal.gif" border="0" /></a>



4. Anda perlu membuang kod yang berwarna merah kerana kod tersebutlah yang memberikan pautan kepada gambar anda.

Contoh kod gambar yang telah diedit :-

<img id="BLOGGER_PHOTO_ID_5300696122767253986" style="DISPLAY: block; MARGIN: 0px auto 10px; WIDTH: 400px; CURSOR: hand; HEIGHT: 285px; TEXT-ALIGN: center" alt="" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg58UGdDPZ5enyEwyXmiT6UXruZzA93AEdKICXwL-no-6fnAvEjBNsxGgpny2ZRWO73AmC9MyX26OqnE4OPCAAlkhFoBJQR7WKdiWHrfr8wK0Y15JLmJAPCJ3TYxiA4PIDNmCyEjOvrgcJL/s400/Dont_Steal.gif" border="0" />



5. Preview dan cuba klik pada gambar tersebut. Jika ia tidak dibuka pada halaman lain, bermakna anda telah berjaya melakukan tutorial ini.

6. Publish.

Namun, penulis ingin mengingatkan bahawa cara ini tidak semestinya berkesan untuk melindungi gambar anda. Jika orang yang tidak bertanggungjawab masih mahu mencuri hasil kerja anda, mereka masih boleh menggunakan menu pada browser Firefox untuk tujuan tersebut.

Diharap pembaca sudi memberi komen setelah membaca postingan ini. Terima Kasih.

 

0 comments:

Post a Comment